Nuffnang Ads

25 February 2014

E-day aku!!!!!!!! Part 1

Salam semua~~~

sorry lama sangat x update blog...banyak hal sangat...al maklum la bru bertukar status katanya...hehe cewi lak...yela mau x cewi...skali je nk rasa status TUNANG orang seumur hidup...insyaallah :-)

ok.. ari tu e-day aku berlangsung pada Jumaat 31.1.2014 ...bersamaan Hari Raya Cina yang pertama..majlis berlangsung secara santai dan simple saja...xda protokol2 segala bagai..renyah..

~~jom tengok 7 hantaran yang aku dapat dari pihak lelaki~~









p/s: maaf gambar baju kebaya sekeping xda..huhu

credit to : family pihak lelaki .. 


~~jom tengok pulak 9 hantaran yang aku bagi kat sebelah lelaki~~






                           


























 


credit to : semua ahli keluarga aku

kos hantaran aku 9 dulang:

dulang------f.o.c = pinjam siti punya
pelapik dulang------rm30/10pcs
bunga renda pelapik dulang------rm25
3 hantaran tempah------rm190
buah-buahan -----rm30
bakul buah-----rm13
coklat pelbagai (hantaran + candy booth)------rm100
bunga hiasan------rm7.50/jambak....6x7.50=rm45

total : rm433.00

p/s: mahal kt hantaran yg aku tempah...hehe

15 January 2014

Selangkah Ke Hadapan


Wahhh....arini dah 15.1.2014....lagi 4 ari nak sambut birthday mak aku....hehe....tppp hadiah xda lagi ni...cmne ni???waaaa....agak2 apa yang patut aku bg ek...baju kah??kasut kah??handbag kah??ermmm xpe ada masa lagikan untuk pikir...hehe

kembali semula kepada tajuk post kali ni....selangkah ke hadapan...apakah maksud dia??/hehe malu la nak cita sbenarnya...hehe I WILL BE BRIDE SOON....hehe teruja gila...tapi xda la sampai aku gila...hehe

teruja baq hang!!!!!

mula-mula cita dia camni....dah plan dah dgn si dia nak kwin awal tahun 2013...tp nak dijadikan cita banyak jugak la halangn kena tempoh....dia plak kna amek msa nk jumpa ayah aku....takut  kata dia..haha lawak kn...ayah aku bukan makan org pown...tp aku fhm...aku pown akan sama asa apa yg dia asa....mesti nebes kan nak p jumpa orang tua nak bagi tau hasrat....huhu...tapi aku bagi dia masa...xpayah kalut2....ada jodoh 2 xkan ke mana kan....

Dalam bulan 10 tahun 2013 camtu la dia pi jumpa ayah....ayah bagitau ''xpa..nanti blik mesyuarat dlu dengan depa''...wahhh mesyuarat gitu...haha bincang p bincang mai akhirnya ayah aku bagi GREEN LIGHT...wahhh masa 2 asa dunia ni aku yang punya....syok gila...haha tp xda la gedik2...hehe

Merisik  29.12.2013.....!!!!

Majlis merisik dibuat ala kadar je sebagai 'hantar tanda'....pihak yang terlibat masa majlis merisik 2 adalah 4 orang dari keluarga si dia dan beberapa orang ahli keluarga aku....menu untuk ari 2 adalah bihun goreng  + kek lapis dari indon (thanks Siti)jer...xperlu makanan berat sebab waktu 2 malam... :-) tapi yang bestnya aku dapat satu bentuk cincin...cantikkk... ada batu 4 biji atas cincin...hehe

Masa keluarga dan bakal keluarga aku tengah ber'sidang' aku xbleh join skali...kna duduk kat dapur...aku just keluar untuk hantar minuman n makanan jer...masa 2 bleh la aku jerling2 tengok si dia yang tengah nebes...haha lawak pown ada...muka takut2....haha tp masa hidang air n makanan 2 aku pown ketaq2 jugak....kalo tumpah apa yang aku bawak 2 mau tebal 40 inci muka aku...huhu

Tarikh pertunangan!!!!!!

Akhirnya....settle sumenya...tarikh untuk pertunangan telah ditetapkan...31.1.2014 tarikh yang dipilih....bersamaan Tahun Baru Cina...tarikh 2 di pilih sebab masa 2 sume ahli keluarga aku ada di kampung....adik aku n makteh sekeluarga yang menetap di Johor juga ada di kampung masa 2.....so senang untuk buat majlis pertunangan... baru besttt~~

Now tengah counting hari je lagi untuk tukar status dan jadi tunang orang...hehe pasni x bleh dah la untuk buas2,,nakal2,,jahat2 lagi dah...haha kna blajar kontrol diri dah la...duduk baik2 n sopan2 (teruk sangat ka sblm ni??haha)...nak bg tau ni...ati TERUJA sangat...hehe

02 January 2014

Resepi Sagu Santan Gula Merah

salam semua :-)

hari ni saya nak kongsi resepi pencuci mulut yang paling senang abad ini... :-) seperti biasa...budak2 pun boleh sediakan resepi ni...punyalah senang nak habaq....hehe sagu santan gula merah ni boleh makan bila2 masa saja.....sarapan pagi,,,,makan tengah hari,,,minum petang,,,makan malam,,,sambil tengok tv,,,sambil gosip2,,,eh2...hehe penyediaan sagu santan gula merah ni xperlukan banyak masa...hanya lebih kurang 10minit....ok la dari beleter panjang apa kata kita tengok cara penyediaannya~~~

bahan-bahan untuk sagu:

2 cawan air
1 1/2 cawan sagu

bahan-bahan untuk santan gula merah:

2 cawan santan @ 1 tin susu cair 
(saya guna sus cair sebab lagi sedap)
3 ketul gula melaka
1 cawan air



mula-mula panaskan air di dalam periuk...bila dah agak panas dan hampir didih boleh masukkan sagu....pastikan sagu sudah dibasuh...bukan apa,,untuk pastikan sagu tersebut bersih dan tiada benda asing didalamnya....kemudian tunggu sehingga sagu jadi pekat dan masak sepenuhnya....pastikan sagu sentiasa dikacau ketika masak....kaedah ini hanya mengambil masa selama lebih kurang 5 minit...cepatkan??


bila sagu sudah masak boleh masukkan sagu kedalam bekas atau acuan(jika nak sagu ada bentuk cantik)...saya just letak dalam pinggan dan magkuk je....senang untuk dimakan terus...hehe






cara buat sirap gula merah pulak....

 saya guna gula melaka untuk buat sirap gula merah




satukan air dan gula melaka.....
 masak sehingga gula melaka cair dan jadi likat



 bila sirap gula melaka sudah jadi/masak boleh masukkan ke dalam bekas lain untuk dihidangkan...
biarkan sirap gula melaka tersebut sejuk dahulu sebelum dihidangkan...
saya just letak dalam mangkuk camni jer ...
penyediaan ini ambil masa lebih kurang 5 minit...




ni susu cair yang saya guna menggantikan santan...
sedap ooo~~~



now cara sediakan sagu gula melaka pulak...

 

letakkan sirap gula melaka dahulu...



kemudian letakkan santan @ susu cair 


dah boleh makan.....


siap penyediaan sagu gula melaka!!!
selamat menjamu selera~~ :-)

24 December 2013

cara mudah download video atau movie

mula-mula masuk ke web www.youtube.com



pilih tajuk video atau movie yang kita minat



pastu pilih dan biarkan video atau movie tersebut dalam keadaan 'play'




pergi ke atas video atau movie yang ada tulis web youtube 2 dan tukar 'youtube' kepada 'voobys'. 
Hanya tukar perkataan tersebut sahaja ok...dan jangan lupa tekan 'enter'..



lepas tekan enter akan keluar seperti dalam gambar.



klik pada ruangan yang disediakan ( I accept)



tekan 'allow'



pilih jenis video yang kita suka...saya suka amek MP4...hehe 
klik jenis video kat bawah perkataan 'download video'...
dan akhir sekali video atau movie tersebut akan automatik download..
boleh tengok kat bawah toolbars 



senangkan...mudahkan...cepatkan...hehe...
walaupon video dia kualiti kurang tapi boleh la layan jugak daripada xda...


p/s::saya tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa yang berlaku terhadap media elektronik anda.