Nuffnang Ads

24 December 2013

cara mudah download video atau movie

mula-mula masuk ke web www.youtube.com



pilih tajuk video atau movie yang kita minat



pastu pilih dan biarkan video atau movie tersebut dalam keadaan 'play'




pergi ke atas video atau movie yang ada tulis web youtube 2 dan tukar 'youtube' kepada 'voobys'. 
Hanya tukar perkataan tersebut sahaja ok...dan jangan lupa tekan 'enter'..



lepas tekan enter akan keluar seperti dalam gambar.



klik pada ruangan yang disediakan ( I accept)



tekan 'allow'



pilih jenis video yang kita suka...saya suka amek MP4...hehe 
klik jenis video kat bawah perkataan 'download video'...
dan akhir sekali video atau movie tersebut akan automatik download..
boleh tengok kat bawah toolbars 



senangkan...mudahkan...cepatkan...hehe...
walaupon video dia kualiti kurang tapi boleh la layan jugak daripada xda...


p/s::saya tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa yang berlaku terhadap media elektronik anda.

08 December 2013

Tanam Pokok

wahhh terujanya melawat blog2 yang ada kisah tanam pokok....ada yang tanam pokok bunga la, pokok sayur2 la, ada yang tanam pokok buah2an la.....cam best ja,,cam best ja,,cam syok ja....hehe

so aku dh decide nk tanam pokok jugak!!! hehe...disamping mengisi masa lapang (tengah cuti sem..result bru kuar je..huhu) boleh la wat apa yg patut.....balik keja nanti nak p cari benih pokok rr....tapiiii pokok apa???ni yang jadi masalah ni.....pokok apa yang senang ditanam and xrumit utuk dijaga....aku xbrapa suka sangat nak jaga pokok....tau tanam pastu tggu dia tumbuh and berbunga dan berbuah...haha (rajin x aku..haha)

ermmm.....rasa2 cam nak tanam pokok sayur ja...tp nanti kna makan dgn ayam lak....maklum la rumah kampung....ayam berkeliaran cari makan....aku xmau la pokok aku jd bahan makanan binatang lain...aku rasa cam nak tanam pokok kacang tanah jaaa....ok x???benih dia senang ja nk cari....kat rumah mesti ada kacang tanah mentah....boleh la cilok 5 6 biji kacang...mak mesti xprasan punya...haha...lagi 1 masalah...nak tanam kat mana???asa mcm nak tanam kat dalam polisterin jaa...boleh kot no...xtry mn nak tau kan...hehe

sooo,,,lagi setengah jam nak bleh balik dh...so japg blik cri bekas polisterin banyak2....bsemangat nak tanam pokok ni....yeahhh!!!

27 November 2013

Resepi Puding Roti

assalammualaikum....

hari ni nak kongsi resepi dessert yang paling senang....budak kecik pon bleh buat...hehe

saya punya puding nipis sbb guna acuan besar...hehe
nampak kurang menarik tapi bila makan perghhh....sedapppp!!!
(gambar lama...jgn marah naaa)




bahan-bahan :

8 keping roti putih
2 cawan susu segar / susu berperisa
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung jagung / gandum
1 biji telur
2 sudu besar mentega
1/2 cawan sultana / kismis / coklat cip

cara-caranya :

1. susu + gula + tepung jagung + telur dalam satu bekas.
2. roti putih dicarik-carik dan di sapu mentega
3. campur roti bermentega dalam adunan susu dan kacau sebati
4. masukkan ke dalam acuan dan tabur sultana untuk hiasan
5. bakar dalam oven menggunakan suhu 180 'c selama 20  minit

03 November 2013

Jalan-jalan Ke Melaka dan Johor

post kali berkenaan dengan jalan-jalan a.k.a makan angin.....actually, jalan-jalan ke Melaka dan Johor atas urusan family....bukan saja-saja makan angin...hehe kena antar adik keja kat Johor...dah alang-alang ke sana kami singgah la kat beberapa tempat di Melaka dan Johor supaya xda la rasa 'kosong' bila antar adik p keja...hehe. kami bertolak hari Sabtu dan balik hari Isnin....percutian yang amat singkat.....kenapa singkat??? yela dari Kedah ke Johor dah makan masa 12 jam....so whole day memang abeh masa atas jalan je la.....masa balik macam tu jugak....penat o0o0o0.....so kami manfaat sebaik mungkin masa yang ada untuk cuci mata....hehe cakap banyak xda guna...apa kata kita tengok gambar-gambar yang sempat di tangkap...hehe layannnn~~~~


 ni gambar masa baru sampai Melaka Bandaraya Bersejarah


tempat awal yang kami tuju adalah Zoo Melaka...muka excited nk tgk binatang...haha

 siap bawak makanan untuk caj tenaga...nak jalan banyak katakan...haha

dalam gambar ni....zirafah yang paling tinggi....haha sila berdiri ikut ketinggian...harap maklum :-) 

lokasi seterusnya ke Menara Taming Sari




tinggi o0o0o menara ni.....orang kedah kata 'tinggi cara dia la'...hehe

 ni gambar depan menara taming sari

 adik bongsu aku~~hehe

harga tiket untuk naik ke menara
dewasa : RM10.00
kanak-kanak : RM5.00

murah je....berbaloi naik....dia pusing kt atas menara selama 3 pusingan.....gayat gak la....bila dah naik kat atas x boleh berdiri.....nanti menara senget...haha

 pameran autoshow kat Dataran Pahlawan...cuci-cuci mata...

 jom nek beca!!!!

 tengok je tapi xnaik pown...

 kapal yang xterbang.....

 keretapi dok tepi.....

 kepala ka badan keretapi ni....

 mak,,tok,, n makcik dengan beca ....

mak n adik depan A'famosa

~~~~Johor time~~~~

 orang nak amek gambar dia wat perangai lak..haha


 legolegolegolegolandddd

 tudiaa budak baju hitam tu yang nak keja kat johor sebenarnya....

 mi bandung udang Tanjung Langsat

lepas pekena mi bandung udang kita tengok kapai terbang lak....depa mendarat kat airport Singapura...boleh dikatakan setiap 1 minit ada 3 kapai terbang yang mendarat...banyak o0o0o...teleng kepala....haha

masa hari balik kami singgah sat kat Nilai 3, Negeri Sembilan.....kali ni bukan cuci mata tapi cuci poket lak..haha...tapi malangnya xda gambar lak nk kongsi bersama...soriii yeerr....teruja shopping katakan....huhu

p/s::tq to makteh n pakteh...bagi tumpang tidoq n blanja makan semusafir kami.... :-)

14 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya!!!!!!!! jom puasa arafah arini..... ni ganjaran dia ~~~

Daripada Abi Qatadah daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
                Berpuasa pada hari Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan daripada Allah agar dihapuskan dosa
                selama satu tahun sebelumnya dan satu tahun selepasnya. (riwayat Abu Daud, al-Nasie dan al-Tirmizi)


sambil berpuasa boleh jaga kesihatan (diet atkins)..hehe arini nk start balik diet atkins..dh lma sgt dah off...xda disiplin...jujur...haha....niat nk puasa slama 2 bulan...in sya allah.....

09 October 2013

Niat, Syarat & Cara Solat Jamak & Qasar

Salam bahagia kepada semua, terima kasih atas persoalan yang dikemukakan dari salah seorang pengunjung blog ini. Soalannya ialah “Berdasarkan keadaan sekarang ini terdapat banyak masjid dan surau d merata tempat,bolehkah Ustaz huraikan tentang solat jamak @ qasar yg mana pada dasar permerhatian saya sesetengah orang engan mengerjakan solat jamak @ qasar semasa bermusafir . Apakah niat, syarat dan cara mengerjakannya?” 

Jawapannya

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :

Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.
 

Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.
 

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.
 

Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Niat Solat Jamak dan Qasar

Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.


Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.
Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.
credit to : Ustaz Nor Amin

30 September 2013

Selamat Datang Ke Urban Transformation Centre Kedah

Urban Transformation Centre Kedah a.k.a UTC Kedah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Yang ke Enam Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Ogos 2013 yang lalu. Terdapat pelbagai jabatan agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam merealisasikan fungsi UTC. UTC berfungsi untuk memudahkan urusan orang ramai berkaitan dengan aktiviti harian. Di UTC Kedah menempatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan banyak lagi. Waktu operasi UTC Kedah adalah pada pukul 8.30pagi hingga 10.00 malam setiap hari dan hanya di tutup pada hari cuti umum mengikut Negeri Kedah.

Untuk pengetahuan juga, saya adalah salah seorang kaki tangan yang bertugas di UTC Kedah tetapi bukan setiap hari. Waktu bertugas saya hanya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jabatan. Selalunya hanya sehari dalam seminggu dan hari juga tidak menentu.

ini gambar hadapan UTC Kedah pada sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 56 31 Ogos 2013

22 September 2013

2008

actually aku terjebak dalam blog ni dari tahun 2008... dulu blog ni nama slumberbadak.blogspot.com....masa 2 zaman budak2 lagi so blog xbrapa menarik.....abeh sume post aku delete...haha la ni nk mula hidup baru so blog pown jadi baru la...tukar nama,,tukar content,,tukar wallpapper,, n macam2 lagi la...hehe...so setakat la entry xbanyak....harap bersabar ye.....

puasa + diet atkins

Arini aku nk puasa sambil diet atkins.....hehe harap2 aku cekal n tabah mengharungi hari-hari yang mencabar ni.....bukan senang nk posa masa orang len tengah makan....waaa.....sambil habiskan posa ganti bleh jgk aku kurus......hehe....tinggi aku 153cm dan berat 68kg.......dh serupa king kong dah.....haha disebabkan nampak mcm king kong la yang buatkan aku nak kurus....target berat aku 53kg.....before end of December 2013.....pray for me!!!!!

p/s:::japg nk berbuka makan apa yerr.....any suggestion???

18 September 2013

Apa itu diet atkins???

Diet atkins adalah diet yang deperkenalkan oleh Dr. Atkins...ini berkenaan dengan diet tinggi lemak dan rendah karbohidrat...dan juga tinggi protien...jika amalkan diet ni kita hanya perlu elak dari makan makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula....senang bukan?? saya akui yang saya juga sedang amalkan diet ini...untuk pengetahuan diet ni adalah diet yang paling mudah untuk dilakukan....tak perlu berlapar....boleh makan sepuas hari....dengan syarat xda karbohidrat dan gula....untuk melakukan diet atkins ni kita perlu memahami dengan lebih mendalam agar tidak berlaku sesuatu di luar jangkaan....diet ini mempunyai 4 tahap yang berbeza.

 fasa 1 iaitu dimana karbohidrat hanya dibenarkan sebanyak 20gm sahaja dalam sehari dan dilarang mengambil gula tetapi boleh digantikan dengan pemanis tiruan seperti gula stevia dan  pal sweet.

fasa 2 iaitu dimana karbohidrat hanya dibenarkan sebanyak 25-45gm sahaja dalam sehari. Pada fasa ini pengambilan kekacang dan yogurt dibolehkan tetapi masih dalam kawalan.

fasa 3 iaitu dimana karbohidrat dibenarkan sebanyak 50-70gm dalam sehari. Roti dan bijirin boleh dinikmati seperti biasa tetapi masih dihadkan pengambilannya.

fasa 4 iaitu dimana karbohidrat dibenarkan sebanyak 70gm dan lebih mengikut keperluan seharian.

untuk maklumat lanjut boleh rujuk kat sini.

17 September 2013

assalamualaikum.....



wahhhh lama gila xupdate post....dulu 2010.....sekarang 2013......gila lama....hahaha...
asa kekok lak...nk start cmne ek....nk cakap sai apa ek....ermmm....aku skarang masih lagi study n keja....aku study kt uum sintok n keja besa2 je kt gomen....aku skarang dh sem 5....ada lg 4 sem...waaa lama lg nk study...tp aku harus cekal ati...untuk bjaya katakan.....hehe