Nuffnang Ads

30 September 2013

Selamat Datang Ke Urban Transformation Centre Kedah

Urban Transformation Centre Kedah a.k.a UTC Kedah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Yang ke Enam Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Ogos 2013 yang lalu. Terdapat pelbagai jabatan agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam merealisasikan fungsi UTC. UTC berfungsi untuk memudahkan urusan orang ramai berkaitan dengan aktiviti harian. Di UTC Kedah menempatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan banyak lagi. Waktu operasi UTC Kedah adalah pada pukul 8.30pagi hingga 10.00 malam setiap hari dan hanya di tutup pada hari cuti umum mengikut Negeri Kedah.

Untuk pengetahuan juga, saya adalah salah seorang kaki tangan yang bertugas di UTC Kedah tetapi bukan setiap hari. Waktu bertugas saya hanya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jabatan. Selalunya hanya sehari dalam seminggu dan hari juga tidak menentu.

ini gambar hadapan UTC Kedah pada sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 56 31 Ogos 2013

22 September 2013

2008

actually aku terjebak dalam blog ni dari tahun 2008... dulu blog ni nama slumberbadak.blogspot.com....masa 2 zaman budak2 lagi so blog xbrapa menarik.....abeh sume post aku delete...haha la ni nk mula hidup baru so blog pown jadi baru la...tukar nama,,tukar content,,tukar wallpapper,, n macam2 lagi la...hehe...so setakat la entry xbanyak....harap bersabar ye.....

puasa + diet atkins

Arini aku nk puasa sambil diet atkins.....hehe harap2 aku cekal n tabah mengharungi hari-hari yang mencabar ni.....bukan senang nk posa masa orang len tengah makan....waaa.....sambil habiskan posa ganti bleh jgk aku kurus......hehe....tinggi aku 153cm dan berat 68kg.......dh serupa king kong dah.....haha disebabkan nampak mcm king kong la yang buatkan aku nak kurus....target berat aku 53kg.....before end of December 2013.....pray for me!!!!!

p/s:::japg nk berbuka makan apa yerr.....any suggestion???

18 September 2013

Apa itu diet atkins???

Diet atkins adalah diet yang deperkenalkan oleh Dr. Atkins...ini berkenaan dengan diet tinggi lemak dan rendah karbohidrat...dan juga tinggi protien...jika amalkan diet ni kita hanya perlu elak dari makan makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula....senang bukan?? saya akui yang saya juga sedang amalkan diet ini...untuk pengetahuan diet ni adalah diet yang paling mudah untuk dilakukan....tak perlu berlapar....boleh makan sepuas hari....dengan syarat xda karbohidrat dan gula....untuk melakukan diet atkins ni kita perlu memahami dengan lebih mendalam agar tidak berlaku sesuatu di luar jangkaan....diet ini mempunyai 4 tahap yang berbeza.

 fasa 1 iaitu dimana karbohidrat hanya dibenarkan sebanyak 20gm sahaja dalam sehari dan dilarang mengambil gula tetapi boleh digantikan dengan pemanis tiruan seperti gula stevia dan  pal sweet.

fasa 2 iaitu dimana karbohidrat hanya dibenarkan sebanyak 25-45gm sahaja dalam sehari. Pada fasa ini pengambilan kekacang dan yogurt dibolehkan tetapi masih dalam kawalan.

fasa 3 iaitu dimana karbohidrat dibenarkan sebanyak 50-70gm dalam sehari. Roti dan bijirin boleh dinikmati seperti biasa tetapi masih dihadkan pengambilannya.

fasa 4 iaitu dimana karbohidrat dibenarkan sebanyak 70gm dan lebih mengikut keperluan seharian.

untuk maklumat lanjut boleh rujuk kat sini.

17 September 2013

assalamualaikum.....



wahhhh lama gila xupdate post....dulu 2010.....sekarang 2013......gila lama....hahaha...
asa kekok lak...nk start cmne ek....nk cakap sai apa ek....ermmm....aku skarang masih lagi study n keja....aku study kt uum sintok n keja besa2 je kt gomen....aku skarang dh sem 5....ada lg 4 sem...waaa lama lg nk study...tp aku harus cekal ati...untuk bjaya katakan.....hehe