Nuffnang Ads

30 September 2013

Selamat Datang Ke Urban Transformation Centre Kedah

Urban Transformation Centre Kedah a.k.a UTC Kedah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Yang ke Enam Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Ogos 2013 yang lalu. Terdapat pelbagai jabatan agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam merealisasikan fungsi UTC. UTC berfungsi untuk memudahkan urusan orang ramai berkaitan dengan aktiviti harian. Di UTC Kedah menempatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan banyak lagi. Waktu operasi UTC Kedah adalah pada pukul 8.30pagi hingga 10.00 malam setiap hari dan hanya di tutup pada hari cuti umum mengikut Negeri Kedah.

Untuk pengetahuan juga, saya adalah salah seorang kaki tangan yang bertugas di UTC Kedah tetapi bukan setiap hari. Waktu bertugas saya hanya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jabatan. Selalunya hanya sehari dalam seminggu dan hari juga tidak menentu.

ini gambar hadapan UTC Kedah pada sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 56 31 Ogos 2013

No comments: